Guru Disiplin
Di sekolah banyak tugas yang perlu dilaksanakan salah satunya adalah sebagai guru disiplin. Murid di sekolah hanya seramai 168 orang. Setiap darjah hanya terdiri daripada satu kelas. Tetapi masalah disiplin tetap ada walau berada di sekolah kecil.
Pada 21 September 2006, seorang bapa pelajar datang ke sekolah membuat aduan terhadap tingkah laku murid yang bersikap kurang ajar kepadanya dengan mencaci dengan perkataan babi kepadanya. Melalui keterangan bapa tersebut setiap kali waktu dia mengambil anaknya dari sekolah murid tersebut akan mencacinya. Setelah berbincang dengannya saya memberitahu akan mengambil tindakkan lanjut terhadap murid terbabit.
Saya pun memanggil murid terbabit dan membawa masuk ke dalam makmal. Hanya saya dan dia di dalam makmal dengan lampu dan pintu tertutup. Belum duduk lagi dia dah mula menangis. Hehe… Seronok tengok gelagatnya. Kalau hendak ikutkan budak ini memang bermasalah nakal dan keras kepala tetapi tahu pula takut. Apabila telah disoal dia mengaku mencaci orang dengan perkataan babi. Kes selesai dan nasihat telah diberikan kepada murid terbabit.
Tanpa disangka esoknya, Ibu murid yang bersalah datang hendak berjumpa saya. Dalam keadaan marah pula tu. Saya menjemput duduk, Disoalnya saya, “apa cikgu kata pada anak saya? Cikgu kata anak saya kurang ajarkan?” Saya jawab ye, dan terangkan kenapa saya berkata begitu. Jawapan saya tidak diterima walau pada hakikatnya saya menasihati anaknya supaya menjadi baik dan hormat kepada orang tua. Nasib baik saya tidak pukul budak tu kalau tidak jenuh la saya kena serang. Guru kanan pun datang tolong jawab semua persoalannya. Kini giliran saya dengan guru kanan pula membalas kemarahan tadi dengan nasihat, sampai terdiam dia. Hehehe seronok rasa..
P/S Tidak tahu apa akan jadi sekiranya setiap ibu bapa mengatakan anaknya betul walaupun salah. Hendak menasihat pun salah. Tidak nasihat pula kita lagi salah kerana ia adalah tugas dan amanah.
Salam Perkenalan
Assalammuailaikum kepada semua dan selamat datang ke blog saya. Ini post pertama saya untuk blog saya ini. Mengenai diri saya nama sebenar Sharizal Bin Shafei dilahirkan pada 3 Julai 1982 di Kuala Kangsar Perak. Anak Sulung daripada 8 adik beradik. Panggilan Rizal atau biasanya Cikgu Rizal. Sebelum menjadi Cikgu banyak gelaran yang ada dan nama yang paling pelik semasa di maktab. Hendak tahu apa gelarannya? Nanti post akan datang saya akan cerita.
Setelah tamat belajar di maktab saya ditugaskan di kampung halaman sendiri. Saya pun tidak sangka dapat bertugas di kampung halaman sendiri. Semuanya adalah disebabkan oleh kebetulan kerana data saya di dalam maklumat penempatan tiada di dalam data kementerian. Semasa pengumuman penempatan guru baru nama saya tidak tersenarai. Terkejut dan risau kerana tiada nama tersenarai. Apabila saya rujuk kembali ke kementerian dengan selamba cakap nama saya tercicir. Banyak masalah yang dihadapi untuk membolehkan nama saya tersenarai di dalam penempatan guru baru.
Pertama masalah untuk berhubung dengan pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ini. Saya telefon rasanya berpuluh kali. Naik penat redail, Hari pertama memang tidak dapat telefon. Pada esoknya pagi-pagi lagi waktu orang masuk kerja saya dah telefon. Banyak kali juga telefon sampai rasa malas hendaktelefon lagi. Berkat kesabaran dapat juga telefon tapi dah dapat lain pula masalahnya. Sambungan entah berapa kali, akhirnya bagi nombor lain dan minta saya hubungi nombor tersebut. Cabaran datang lagi, apa tidaknya, hendak dapat punya la susah. Deringan ada tapi tiada orang angkat. Dalam hati ni kata mereka ini buat kerja atau apa. Akhirnya dapat, saya bagi maklumat saya dan kena tunggu 2 hari baru tahu keputusanya kerana ramai lagi juga yang bernasib tidak baik nama tercicir seperti saya.
Dua hari telah berlalu saya pun menghubungi kementerian dan jawapan meraka maklumat saya telah difaks ke Jabatan Pelajaran Perak (JPN). Di JPN lain pula ceritanya apabila saya menghubungi JPN meraka kata tiada terima apa-apa maklumat daripada Kementerian. Masalah lagi timbul, saya pun terus telefon kementerian, faham-faham sajalah masalah sama timbul masa hendak menghubungi. Terpaksa telefon banyak kali. Akhirnya dapat, orang kementerian bertanya kepada saya, “mengapa tiada?”. Bukan saya yang sepatutnya menjawab soalan tersebut jadi jawabnya tidak tahu la. Maklumat saya difaks kembali kepada JPN malah orang yang menguruskan berkata bahawa telah difaks sebanyak dua kali.
Esoknya saya menghubungi JPN maklumat saya telah ada. Alhamdulilah.. Sekarang ini tunggu untuk mengetahui di sekolah mana saya akan ditempatkan dan Orang JPN kata akan ditempatkan di Daerah Cikgu. Dua hari telah berlalu dan JPN menghubungi saya untuk mengambil surat penempatan. Saya pun pergi ke JPN mengambil surat penempatan tengok alamat sekolah yang akan saya tempatkan adalah di kampung saya juga. Berbaktilah saya di kampung sendiri.
Baiklah itulah cerita saya, setakat ini post saya pada kali ini. Nanti tulis panjang-panjang bosan pula yang membacanya. Sebelum itu, Selamat Berpuasa Kepada Semua Yang Beragama Islam! sama-sama menghayati bulan yang mulia ini dan memperoleh keberkatannya..