Guru Disiplin
Di sekolah banyak tugas yang perlu dilaksanakan salah satunya adalah sebagai guru disiplin. Murid di sekolah hanya seramai 168 orang. Setiap darjah hanya terdiri daripada satu kelas. Tetapi masalah disiplin tetap ada walau berada di sekolah kecil.
Pada 21 September 2006, seorang bapa pelajar datang ke sekolah membuat aduan terhadap tingkah laku murid yang bersikap kurang ajar kepadanya dengan mencaci dengan perkataan babi kepadanya. Melalui keterangan bapa tersebut setiap kali waktu dia mengambil anaknya dari sekolah murid tersebut akan mencacinya. Setelah berbincang dengannya saya memberitahu akan mengambil tindakkan lanjut terhadap murid terbabit.
Saya pun memanggil murid terbabit dan membawa masuk ke dalam makmal. Hanya saya dan dia di dalam makmal dengan lampu dan pintu tertutup. Belum duduk lagi dia dah mula menangis. Hehe… Seronok tengok gelagatnya. Kalau hendak ikutkan budak ini memang bermasalah nakal dan keras kepala tetapi tahu pula takut. Apabila telah disoal dia mengaku mencaci orang dengan perkataan babi. Kes selesai dan nasihat telah diberikan kepada murid terbabit.
Tanpa disangka esoknya, Ibu murid yang bersalah datang hendak berjumpa saya. Dalam keadaan marah pula tu. Saya menjemput duduk, Disoalnya saya, “apa cikgu kata pada anak saya? Cikgu kata anak saya kurang ajarkan?” Saya jawab ye, dan terangkan kenapa saya berkata begitu. Jawapan saya tidak diterima walau pada hakikatnya saya menasihati anaknya supaya menjadi baik dan hormat kepada orang tua. Nasib baik saya tidak pukul budak tu kalau tidak jenuh la saya kena serang. Guru kanan pun datang tolong jawab semua persoalannya. Kini giliran saya dengan guru kanan pula membalas kemarahan tadi dengan nasihat, sampai terdiam dia. Hehehe seronok rasa..
P/S Tidak tahu apa akan jadi sekiranya setiap ibu bapa mengatakan anaknya betul walaupun salah. Hendak menasihat pun salah. Tidak nasihat pula kita lagi salah kerana ia adalah tugas dan amanah.
No comments yet.